top of page

“Head Start Programme” bertujuan untuk menyediakan para pelajar sekolah rendah dan menengah mempelajari topik-topik 2016 lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula pada Januari 2016. Dalam kebanyakkan daripada sekolah rendah dan menengah, sukatan pelajaran akan dihabiskan dalam dua tempoh iaitu pertengahan dan akhir tahun. Oleh itu kebanyakkan guru di sekolah akan tergesa-gesa untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh yang singkat pada separuh tahun ke dua (akhir tahun).

 

Ini menyebabkan ramai pelajar tidak dapat bersaing dan kurang faham dalam topik-topik awal atau akhir dalam setiap sukatan pelajaran. Malahan pelajar yang prestasinya baik di awal tahun pun akan menghadapi masalah pada ujian seterusya disebabkan tahap kesukaran topik-topik kian sukar. Apatah lagi dengan pelajar yang LEMAH.

 

Justeru, Pusat Tuisyen Akhiar akan mengadakan “Head Start Programme” ini bagi membantu para pelajar supaya lebih bersedia, yakin dan mempunyai masa untuk membuat persediaan menghadapi sukatan pelajaran kian mencabar. Apabila sesi persekolahan bermula, sukatan pelajaran yang telah diajar dalam program ini tidak akan diulangi pada sesi Januari . Guru-guru Akhiar akan meneruskan sambungan sukatan atau topik seterusnya.

 

Untuk pengetahuan ibu bapa sekelian, program ini telah dijalankan sejak tahun 2010 lagi. Tetapi hanya melibatkan pelajar terpilih sahaja pada ketika itu. Pencapaian pelajar yang menyertai program ini amatlah membanggakan.

 

 

Call 012-4593084 / 017-4992872 TO REGISTER

© 2016 by Pusat Tuisyen Akhiar.

Proudly created with Wix.com

bottom of page